Assalamualaikum

Moga-moga anda dapat serba sedikit manfaat daripada apa yang telah saya kongsikan.Yang baik datang daripada Allah, Yang lemah datang daripada kesilapan saya.Moga-moga ada manfaatnya.

Friday, April 19, 2013

Mengumpul Pahala Sambil Menambah Dosa


Saya yakin setiap dari kita pernah mendengar pepatah 'matlamat tidak menghalalkan cara.'
Kita punya matlamat dan niat yang betul. Tidak ada yang tidak kena dengan niat itu. Niatnya ingin menegur silap si sahabat, niatnya hendak menunjukkan teladan yang terbaik, niatnya mahu berkongsi ilmu, niatnya mahu membawa seseorang ke arah kebaikan. Macam-macam lagi niat suci yang kita miliki.
Lalu, langkah dibawa. Diri mula merangka strategi bagi memastikan niat terlaksana. Jeng jeng jeng... kerana dari niat munculnya matlamat.
Tapi tidak dinafikan kadang-kadang kita tersilap membawa langkah. Tersilap mencatur strategi. Ada yang berniat menegur perangai sahabat yang dirasakan kurang elok, tapi tegurannya dibawa dengan penuh tidak berhikmah.

Contoh Situasi . . . 
"Exam tinggal 3 minggu lagi ni. Apa kata kita buat 'study group'?" tutur seorang pemuda kepada seorang pemudi.
"Ok, boleh je. Ada siapa-siapa lagi ke nak join, ke kita berdua je?" tanya si pemudi.
"Em, aku dah tanya yang lain, mereka cakap mereka tak dapat ikut. Semua duduk jauh-jauh, biasa la tu, susah nak 'commit.'"
"Tapi tak apa ke kita berdua je?"
"Ala, kita bukan buat apa pun. Setakat stadi je, bukan kerja sia-sia kita buat. Kau jangan risau, kita belajar la kat pondok depan masjid kampung kita tu."
"Ok, set!"

Natijahnya . . . 

Dalam zaman millenium ni, saya yakin majoriti masyarakat kita ke arah masyarakat yang madani dan berilmu. Sudah cukup bijak untuk menafsirkan maksud tulisan ini. Masing-masing punya akal untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk. Mana yang mengundang dosa dan mana yang menjemput pahala.
Cuma, adakalanya apabila kita sudah terbiasa dengan apa yang kita terbuat, mata hati sudah tertutup untuk menilai balik baik buruk perlakuan diri sendiri. Waktu ini, sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri, hinggakan mata hati seakan tidak berupaya menunjukkan jalan yang betul.

Moga - moga ada manfaatnya . . .


No comments:

Post a Comment