Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
( Hadis Riwayat Muslim )
Perkataan 'Ikhwanul' diambil daripada perkataan 'Ikhwanul Muslimin.Perkataan 'Iqrag' pula diambil daripada nama badan dakwah yang berada di sekolah saya iaitu 'Iqrag'(Intellectual Quranic Generation). Maksud perkataan Ikhwanul ialah :- I Ikhlas, K Komited, H Harum, W Warak, N Naif, U Untung, dan L Lemah lembut..Manakala maksud perkataan IQRAG ialah:- I Ikhlas, Q Qualiti, R Rawak, A Amanah, dan G Gigih...
Assalamualaikum
Moga-moga anda dapat serba sedikit manfaat daripada apa yang telah saya kongsikan.Yang baik datang daripada Allah, Yang lemah datang daripada kesilapan saya.Moga-moga ada manfaatnya.
Monday, August 29, 2011
Monday, August 1, 2011
Kesempurnaan iman
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

Riwayat At - Tirmidzi
Ulama’ Akhir Zaman
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

Subscribe to:
Posts (Atom)