Assalamualaikum

Moga-moga anda dapat serba sedikit manfaat daripada apa yang telah saya kongsikan.Yang baik datang daripada Allah, Yang lemah datang daripada kesilapan saya.Moga-moga ada manfaatnya.

Thursday, December 26, 2013

Alangkah Indahnya Jika Pemimpin Menjadi Imam


Belia adalah aset atau harta yang sangat berharga kepada negara. Merekalah tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Bagaimanakah yang dikatakan belia yang mampu memimpin negara?
Mereka adalah belia yang berjaya memimpin diri sendiri. Selain itu, mereka juga mampu menjadi imam dalam jemaah solat, bijak dalam ekonomi, mesra dengan masyarakat, celik dalam bidang politik dan cemerlang dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Semua ciri-ciri berikut sebenarnya telah diasuh dan dididik sejak dari zaman kanak-kanak agar mereka menjadi salah seorang belia yang dikatakan mampu memimpin negara.
Mempraktikkan sembahyang berjemaah dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara. Hal ini dapat dilihat melalui hikmah sembahyang berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk.
Alangkah indahnya jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan sembahyang berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati dan menjalinkan persefahaman.
Syarat-syarat untuk menjadi imam sembahyang berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama. Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarak.

Friday, April 19, 2013

Mengumpul Pahala Sambil Menambah Dosa


Saya yakin setiap dari kita pernah mendengar pepatah 'matlamat tidak menghalalkan cara.'
Kita punya matlamat dan niat yang betul. Tidak ada yang tidak kena dengan niat itu. Niatnya ingin menegur silap si sahabat, niatnya hendak menunjukkan teladan yang terbaik, niatnya mahu berkongsi ilmu, niatnya mahu membawa seseorang ke arah kebaikan. Macam-macam lagi niat suci yang kita miliki.
Lalu, langkah dibawa. Diri mula merangka strategi bagi memastikan niat terlaksana. Jeng jeng jeng... kerana dari niat munculnya matlamat.
Tapi tidak dinafikan kadang-kadang kita tersilap membawa langkah. Tersilap mencatur strategi. Ada yang berniat menegur perangai sahabat yang dirasakan kurang elok, tapi tegurannya dibawa dengan penuh tidak berhikmah.

Contoh Situasi . . . 
"Exam tinggal 3 minggu lagi ni. Apa kata kita buat 'study group'?" tutur seorang pemuda kepada seorang pemudi.
"Ok, boleh je. Ada siapa-siapa lagi ke nak join, ke kita berdua je?" tanya si pemudi.
"Em, aku dah tanya yang lain, mereka cakap mereka tak dapat ikut. Semua duduk jauh-jauh, biasa la tu, susah nak 'commit.'"
"Tapi tak apa ke kita berdua je?"
"Ala, kita bukan buat apa pun. Setakat stadi je, bukan kerja sia-sia kita buat. Kau jangan risau, kita belajar la kat pondok depan masjid kampung kita tu."
"Ok, set!"

Natijahnya . . . 

Dalam zaman millenium ni, saya yakin majoriti masyarakat kita ke arah masyarakat yang madani dan berilmu. Sudah cukup bijak untuk menafsirkan maksud tulisan ini. Masing-masing punya akal untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk. Mana yang mengundang dosa dan mana yang menjemput pahala.
Cuma, adakalanya apabila kita sudah terbiasa dengan apa yang kita terbuat, mata hati sudah tertutup untuk menilai balik baik buruk perlakuan diri sendiri. Waktu ini, sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri, hinggakan mata hati seakan tidak berupaya menunjukkan jalan yang betul.

Moga - moga ada manfaatnya . . .


Sunday, November 27, 2011

Berakhlak Baik Fitrah Manusia

Berakhlak baik adalah fitrah manusia sebagaimana setiap agama menyuruh berbuat baik. Kebaikan menurut Islam ialah yang sesuai dengan kehendak Allah bukan berdasarkan kepada penerimaan masyarakat umum.

Wednesday, September 21, 2011

Akhlak berbeza dengan moral

Moral ialah tindakan dan perlakuan anggota masyarakat dalam hubungan sesama mereka yang ditentukan nilainya oleh masyarakat itu sendiri berasaskan kepada pemikiran dan perasaan umum yang terdapat pada satu-satu masa. Ia bersifat sementara.

Tuesday, September 20, 2011

Akhlak menurut perspektif islam

Akhlak ialah segala nilai dan sifat baik yang telah sebati dalam diri yang melahirkan tindakan zahir atau batin meliputi perasaan dan fikiran, niat hati seseorang atau masyarakat, sama ada yang berhubung dengan makhluk atau khaliq. Semua nilai tersebut ditentukan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Rasul. Ia bersifat mutlak dab sempurna.

Monday, September 19, 2011

Pengertian Akhlak

Dari segi bahasa berasal daripada perkataan 'Al-Khulq' atau 'Al-Khuluq' yang bererti tabiat, kebiasaan atau maruah, jamaknya ialah 'Al-Akhlaq'.
Dari segi istilah ialah serumpun sifat atau nilai yang telah sebati dalam diri manusia, ia terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Akhlak Baik
2. Akhlak Buruk

Monday, August 29, 2011

Hari Raya ( Hari Bergembira )

Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.” 
( Hadis Riwayat Muslim )

Monday, August 1, 2011

Kesempurnaan iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

 
Riwayat At - Tirmidzi

Ulama’ Akhir Zaman

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”